


Selamat Datang Ke Laman Web
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Jawatankuasa Maklum Balas Pelanggan Luaran (Sekolah)
IPG KPM-EOMS-PT-13
Jawatankuasa ini diwujudkan bagi melaksanakan prosedur yang bertujuan untuk menjelaskan proses untuk mendapatkan maklum balas pelanggan luaran (sekolah) secara terancang dan sistematik bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan keguruan di Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) dan selaras Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Hasil dapatan maklum balas pelanggan akan membantu dalam proses penambahbaikan keseluruhan Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) IPG.
Prosedur ini digunakan oleh IPG KPM untuk mengenal pasti penilaian pelanggan luaran (sekolah) terhadap Guru Baharu lulusan PISMP IPG berdasarkan maklum balas yang diberikan berhubung dengan aspek berkaitan profesionalisme keguruan serta kemahiran insaniah Guru Baharu. Lima (5)
aspek yang dinilai merupakan beberapa elemen yang terkandung dalam Objektif Pendidikan Program (OPP) atau Program Education Objective (PEO) bagi PISMP.

Ahli Jawatankuasa Maklum Balas Pelanggan (Luaran) Sekolah

Dr. Mohd Nordin Abu Bakar
Pemegang IPG KPM-EOMS-PT-13
